Sim-pel Descrip-cen dari Nath Mergastua~!

Hulloooh~! Nath merupakan seorang manusia yang berasal dari dunia mergastua. Tersesat, terlantar setelah sekian lama. Oleh sebab, baru sahaja menerjah dunia yang secara globalnya sudah mula 'mansang', Nath mula berjinak untuk memulakan hari ini dalam sejarah dengan mengadakan sebuah blog. Ya~! Sebuah aje. Kalau ada rezeki lebih, kita buat dua buah, kalau ada rezeki lebih lagi, kita buat domain. Huahuahua..~! Ini merupakan blog 'in the flesh' Nath. Segala perit, duka, sengsara, seksa, walang, gulana... epp~! APasal aku baca semuanya pasal 'sadness' jek... owh-key~! Segala keriangan, keceriaan, kegirangan, ke-happy-an Nath kongsikan di sini. Selain itu, Nath juga selitkan beberapa karya aneh tapi benar Nath. Uh~! Panjang lebar Nath describe~! Owh-key~! Buh-bye untuk tika ini, kalau ada leisure di lain hari Nath ajak sembang iyaaa~! (Nath ingin menghilang dalam relung dunia mergastua, tempat kediaman Nath pada masa purbakala~~Jeng2...Jebon)-- jangan tak tau, Nath ni adik- beradik Tarzan~!!!!!

Lembaran Web Log Nath

Pesanan daripada budak asal Mergastua..~!! Baca dengan penuh kusyuk~!

Blog ini merupakan blog peribadi Nath Mergastua alias NScythe00. Blog ini mungkin menjadi blog e-reading. Yah~! E-reading. Nath mungkin akan publish pasal- pasal cerpen, pantun, puisi, syair, novel..? Nope. But, mostly lah pasal hal- hal peribadi Nath. Blog ni juga merupakan buku catatan elektronik Nath.

Satu kata:: I Loveeee maiii Be---loGgg

Friday, December 16, 2011

Cerpen:KAKAK, KAU SENTIASA DI HATIKU..!!- by NScythe00 alias Nath Mergastua


“Kak Hafinnn!” Seseorang menjerit namaku. Tak payah dok fikir- fikir berat. Aku tahu, pasti yang jerit nama aku yang glamer tu merupakan salah seorang ‘adik- beradik’ kesayangan ku. Huh! Apa lagi yang dia ni nak kan daripada aku..? Tensi-axion(goolate= tension) be-benar aku~~!! Aku hanya membalas jeritan namaku itu dengan ‘hmm’ sahaja. Rishka tidak puas hati. Digoyang- goyangnya badan gempal aku ni. Apa dia ingat batang tubuh aku ni pokok kelapa ke?! Pokok kelapa pun susah nak goyang doh~~! Berkelepuk jatuh lemak- lemak yang aku kumpul sejak aku masih bergelar kanak- kanak Ribena dahulu. Huhu~! Uh..? Jangan tak tahu yang aku ni boleh tahan gempal juga orangnya. Hmm..Rishka? Ohhh. Budak ni lah yang jerit- jerit nama aku tadi. Dia ni ialah ‘adik’ kesayangan aku.

“Hafinnn!” Sekali lagi ‘adik’ kesayangan aku ni jeritkan nama aku yang femes-memes itu. Aku taulah yang nama aku tu top-mop, jadi tak payah lah nak promote kat orang lain, supaya tahu nama aku tu. Hisy~! Dia ni kan… penat dah aku ‘lecture’kan dia. Tak serik- serik! Apalah nasib anak dara yang seorang ni~!

“Iyoh-iyoh! Iku du dingar kou tiriak nema centik iku tuh. Dah, tek soh nek tiriak mace oring gilo, kou..!(goolate=Iya- iya. Aku ada dengar kau teriak nama cantik aku tu. Dah, tak usah nak teriak macam orang gila, kau..!)” Ambik kau! Aku dah bercakap menggunakan dialek entah apa- apa. Konfem lepas ni kau cari kamus dewan bahasa dan pustaka, cari semua maksud yang aku sebut tu. Toksah cari! Konfem tak de nyer…!

“Kak Hafinnn! Kau cakap apa benda tu..? Aku tak ter’catch’ up sepatah haram  pun yang kau cakap kan tu. Dah-lah jangan nak bikin kepala aku jadi makin biol.” Rishka memarahi aku. Eikk..? Kenapa pula aku yang kena marah? Yang dia teriak- teriak, jerit- jerit nama aku yang femes-memes, top-mop tu siapa suruh…? Andd… dah memang kepala otak dia biol, nak salahkan aku pula. Sorry sis… don’t put the blame on me. So, you can’t put the blame on me… Haha~! terkeluar pula lagu Akon nih~!-walaupun dalam versi terbalik -_-#

“Haih~! Dah kau ni tak tau bagi salam dulu kat aku siapa suruh..? Tu lah aku dok cakap merapu tak tentu pasal. And FYI Cik Rishka Ayumi Bte. Richiki Akira, aku belum dilabelkan pekak badak alias tuli lagi tau~! Yang kau jerit nama kau tu siapa suruh. No manner punya budak~!” Marah ku pula. Haa~! Ambik kau. Dari tadi dia aja yang brush-up aku, sekarang aku nak take-over job dia tu. Hehe~!-gelak yang teramat devilish dan monstrous-

Sorrylah Kak Hafin. Assalamualaikum.” Tersengih- sengih ‘adik’ aku yang seorang ni. Persis kerang busuk tak mandi shower waktu subuh~!

“Waalaikumusaalam.” Aku menjawab salamnya. Mestilah jawab walaupun hati ini panas dan siksa. Salam berserta doa tuh~! “Yang kau happy semedang, ala- ala seladang belaan Pak Nik Qarim kat kampung nenek aku tu apasal pula. Dah macam orang tersalah pateri fiusnya pula kau ni. Seram aku~! Kau ada tersampuk apa- apa ke..?” Tanyaku berseloroh. Wajah Rishka, anak bangsa Jepun itu ku pandang. Cemberut sahaja wajah putih melepaknya. Ingin aku hamburkan tawa namun takut pula gigi ku yang tertanggal nanti~?!

“Adalah. Kak Hafin ni macam tak biasa pula kalau Rishka happy- happy macam ni.” Jawab Rishka, si ‘adik’ kesayangan aku itu. Opps~! Damn~! Sheezz-y~! Maknanya…! Budak ni kan… memang tak habis- habis~!

“Sekarang ni ‘siapa’ pula..?!” Kataku dengan bengang sambil merujuk kepada ‘siapa’ itu. Aku memang tak boleh kamceng dengan Rishka kalau tentang matter dari unsur ini. Unsur apa?- Lelaki: kalau lelaki mesti berkaitan dengan cerita- cerita kapel alias kapal, kan..? Hmm. Itulah yang selalu terjadi dengan budak bangsa Jepun ni~!

“Haqriel Aq-Qiehrhyull. Budak Form 5 Omega.” Jawab Rishka dengan selamba-nya yang semedang. Aku pula terlopong, tercengang, tersampuk dek hantu mulut besar. Besar aku nganga~! Apa aku ni dah tuli ke~! Dia beritahu aku yang ‘siapa’ dia tu… Haqriel..?

Uh-Whhattt~!” Bergegar tembok dan tiang bilik tingkatan 4 Alpha itu dek suara nyaring aku yang naik hingga 12 oktaf 500 megahertz. Boleh ter-pekak tak..? Gerenti boleh kalau korang nak doakan..* “Kau maksudkan ‘Sang Bedal’ darat Tasik Tonle Sap tu..?” Tanyaku. Ops~! Kataku. Aku bukannya tak tahu nama sebenar Haqriel alias ‘Sang Bedal’ darat Tasik Tonle Sap, iaitu sebuah tasik penternakan ikan air tawar di Thailand. Haa~! Itu lah fakta subjek ilmu alam alias Geografi yang aku pelajari semasa berada di Tingkatan 1 Alpha dahulu. Tapi.. sekarang ni kita bukan nak mengomong tentang fakta tasik itu… tapi tentang ‘Sang Bedal’ darat itu~! Siapa lagi kalau bukan Haqriel~! Musuh ketat sejak azali lagi~!

“Jangan lah panggil dia dengan nama tu Kak Hafin~! Dia tu baby Rishka tauuu~!” Rishka mengomel seraya memanjangkan muncungnya. Muncung nya tak usah diukur mahupun disukat. Gerenti melebih satu batu nautika jaraknya~! Chop~! Chop~! ‘Baby’..? Aku salah dengar ke..?-_-“

Baby..?! What do you mean by pronouncing him with the.. ‘baby’..? Uh-! Jawab Rishka~!!!” Aku dah tak dapat  tahan marah lagi dah. Pergelangan tangan Rishka ku genggam. Rishka ku lihat mencuba merentap balik tangannya. Tapi sekarang ini aku sudah dirasuk kemarahan yang amat. Macam mana dia boleh ber-kapal alias kapel dengan ‘Sang Bedal’ darat, iaitu musuh ketat ku sejak azali lagi. Takkan Rishka tak tahu sejarah penubuhan, kegemilangan dan kejatuhan aku dan ‘Sang Bedal’ darat tu..? Takkan Rishka tak tahu..?! Memang tak boleh percaya~! Takkan dia tak tahu yang ‘Sang Bedal’ tu selalu aje nak jatuhkan aku..!

“HAFIQIN HALZREEN~!” Jerit Hafiq Halzree,adik ku menyeru nama penuh aku. Maksud aku, adik kembar. Yah, kembar. Dia lahir lambat sikit dari aku jadi aku ni kakak dia lah kan..? Dan… dia pula take-over status.. adik.

“Hafinnn~! Lepaskan Rishka. Sakit tangan dia kau buat macam tu.” Pujuk Hafiq. Namun pujukannya itu tidak berbekas di hati ku. Dia tak tahu hujung pangkal cerita ini, so  jangan nak sibuk~!

You~!!... Be quiet~!” Tempelak ku. Hafiq ku lihat tercengang. Apa..? Takkan tak pernah tengok aku marah kot..? Tak logik..! Sedangkan sejak azali lagi dialah yang menjadi mangsa amarah ku~! Lagaknya si Hafiq ni punch bag aku lah kot~?

“Kak Hafin… lepas kan tangan Rishka… sakit…” Rengek Rishka kesakitan. Apa nak jadi dengan kau ni Hafin, anak orang tu. Kau ni…! Timbul juga nawaitu malaikat di dalam hatiku, namun segala nawaitu indah itu lantas diusir jauh dari relung hati. Sekarang ni..!... Aku nak tahu kenapa boleh dia ber-kapal dengan budak bergelar Sang Bedal darat itu..!

Uh-Nnoo~! Aku takkan lepaskan, selagi kau tak beritau aku kenapa kau ber-kapal dengan budak buaya darat tu~! Tell me Rishka. Kau tau tak yang aku dengan Sang Bedal tu tak sehaluan,  seperahu, sekapal, se-kereta kebal, seroket dan macam- macam ‘se’ yang lain. Kenapa mesti dengan dia pula yang kau nak ber-kapal..? Tak ada orang  lain yang lebih baik akhlaknya..? Uh-? Apa..? Sekolah kita ni dah kepunasan makhluk yang bergelar lelaki..? Aku rasa tak..! Malahan jumlah kaum lelaki di sekolah ni pun hampir separuh jumlah pelajar sekolah ini. Dan berdasarkan analisis itu, aku yakin dan pasti yang sekolah kita ni masih ada lagi stok lelaki. Tapi.. kenapa pula kau pilih Sang Bedal darat tu..?” Aku hempaskan segala amarahku atas Rishka. Ku lihat matanya bergenang. Sebentar lagi mahu pecah empangan mata yang airnya baru ditadah beberapa minit yang lepas . Hafin… kau dah marahkan ‘adik’ kesayangan kau tu… Astaghfirullah.

            Setelah beristigfar, aku perlahan- lahan melepaskan tanganku yang sedari tadi mencengkam kuat pergelangan tangan mulus Rishka. Merah pergelangan tangannya itu. Jatuh kesian ku pada gadis yang berusia berapa bulan lebih muda dari ku itu. Kerana usia nya yang lebih muda itu, aku anggapnya adik. Dan… kerana usia aku yang lebih ‘banyak’ di sini… aku digelar kakak. Aku lahir pada 1 Januari, pada pukul 03:02:58 ante meridiem. Adik kembar ku pula, iaitu Hafiq lahir pada pukul 04:59:21 ante meridiem. Detailed dan spesifik tak butiran waktu kelahiran aku dan kembar aku ni..? Ha..! Aku ni memang suka mengingati bentar kelahiran ku..! Jangan pula kesukaan aku ini dianggap keabnormalan ku~!

“Kak Hafin tak ingat ke..? Setiap dan semua lelaki yang Rishka kenalkan pada Kak Hafin, semuanya Kak Hafin reject mentah- mentah. Tak kira yang perangai baik macam ustaz, sampaikan perangai jahat macam taiko. Contohnya… Muammar Halim. Budak tu bukan kemain baik lagi. Tapi…Kak Hafin suruh Rishka break dengan dia. Sebab apa..?! Kak Hafin kata yang Muammar Halim tu jahat, perangai tak seperti yang dizahirkan melalui pandangan mata kasar. Tapi… bagi Rishka Muammar Halim itu lah yang the best. Kenapa Kak Hafin tak boleh terima dia..? Lagi satu… Isaac Zacry. Budak kacukan Denmark. Kak Hafin pun tak suka dia. Kata Kak Hafin, Isaac Zacry tu berperangai tak senonoh, celidak, jelik. Tapi… apa yang Rishka Nampak..? Isaac bukan seperti yang diomongkan oleh Kak Hafin. Isaac seorang yang pembersih, kacak, bergaya dan segak. Langsung tidak ada cacat celanya. Dan… banyak lagi bekas- bekas boyfriend Rishka yang lain. Kak Hafin kata yang mereka semua tu tak setaraf lah, tak cerdik lah, hidung pesek lah, tulang belakang bersimpang siur lah, muka macam the beast lah, gaya jalan macam mak nenek patah pinggul lah… dan banyak lagi yang Kak Hafin komen tentang ex-ex Rishka. Dan yang terkini pula, Haqriel.

            Rishka tau yang Kak Hafin dan baby Haqriel tak sehaluan, seperahu, seroket, se-kapal selam dan lain- lain ‘se’. Rishka tahu sebab mengapa Kak Hafin tak suka kan baby Haqriel. Baby Haqriel ada kata yang apa yang Kak Hafin tu cakap semua tak benar. Hari tu, yang Kak Hafin Nampak tu semua nya salah. Baby Haqriel bukannya nak rogol pun budak perempuan tu, tapi budak perempuan tu yang syok sendiri.

 Baby Haqriel Cuma nak tolong budak perempuan tu halau semut merah yang melekat kat tudung dia aje. Budak perempuan tu aje yang propa lebih, jerit kata yang baby Haqriel nak ambik kesempatan kat atas dia. Cun-cun pula yang Kak Hafin ada kat situ bentar itu. Jadi Kak Hafin belasah baby Haqriel sampai baby Haqriel bengkak- bengkak. Sampai hati Kak Hafin.” Cerita Rishka panjang lebar. Selebar jarak di antara Barat dengan Timur,sejauh jarak galaksi Bima Sakti dan galaksi Andromeda. Aku dan Hafiq yang mendengar terlopong. Sampai begitu sekali Sang Bedal darat tu tipu dan putar belitkan cerita. Aku percaya pada gerak hati dan naluri aku. Conscience aku tak salah~! Memang benar yang aku Nampak Sang Bedal darat tu nak menjamah Syakila, budak perempuan yang dimaksudkan  Rishka. Tak mungkin aku salah. Kalau benar dia nak halau semut merah takkan lah sampai nak tanggalkan baju kurung yang dipakai budak perempuan tu pula. Yang Rishka ni cakap, semut merah tu ada kat tudung dia.. bukannya kat baju kurung~! Aku tak percaya yang Rishka akan percayakan omong-omongan Sang Bedal darat Haqriel Aq-Qiehrhyull. Aku tak percaya..!

“So..? Kau lebih percayakan Sang Bedal tu daripada aku ni… kakak kau..?” Tanyaku kepada Rishka seraya merenung dalam hingga ke retina matanya untuk mencari keikhlasan dan kejujuran dalam sinar matanya. Namun… aku bukannya pakar untuk menterjemah sinar mata ini segala…! Aku bercekak pinggang ala- ala seorang emak yang bersifat gangster sedang meng-‘lecture’ anaknya. Dan… itu lah sikap aku. Aku memang bersifat lagak orang- orang tua. Konservatif dan protektif. Mula- mula dahulu, ramai yang tidak suka akan sikap ku ini, namun lama- kelamaan iya nya diterima kerana apa yang aku cakapkan memang benar. Segala nasihat ku memang bernas. Dan pendapatku maujud dan boleh diterima fikiran benak manusia bertamadun. Sejak mereka masing- masing mendapat pengajaran dari perbuatan masing- masing, mereka sudah tidak lagi mengogah untuk menturuti nasihat ku. Dan.. kini, ramai yang menjadikan aku kaunselor tidak berbayar mereka alias Dr. Cinta. Aku dijadikan Doktor Cinta..? Memang aneh bin weird. Aku ni dahlah prejudis dan pesimis dalam soal lelaki ni. Sampaikan adik kembarku pun aku layan sedemikian rupa. Motto ku… ‘Don’t trust boys. They’re deceitful.’ Kenapa aku tak percayakan atau berhenti prejudis dengan mereka ialah… sebabnya… tak ke korang tengok statistic zaman sekarang ni..? Banyak amat kes ‘baby- dumping’. Sebab tu lah aku tak berapa nak percaya hal lelaki and kapal-kapel tu. Kerna aku pesimis yang hubungan cinta beruk diorang tu boleh bertahan lama ke tak, boleh bertahan tanpa melakukan adultery ke tak..? Aku tahu yang manusia ini bersifat rapuh dan lembut… mudah amat disongsangkan dan fragile.

Nafsu tu… susah benar nak kawal, beb. Lebih- lebih lagi nafsu untuk seks. Jangan kan nak kawal nafsu alah tu, nafsu kawal makan waktu puasa pun dah seriau benar nak menahannya. So..? What’re the lessons that you have learnt? Sebab itu lah… aku, Hafiqin Halzreen amat prejudis dengan unsur- unsur berkaitan lelaki ini. (Bukan maksud menyalahkan lelaki semata, sebiji, sebuah, senaskah… tapi majornya berpunca dari unsur itu. Bukan nak kata perempuan ni Cuma mangsa keadaan aje, but macam aku kata tadi ‘major’nya yang membawa kepada unsur itu~!)Mungkin ada dalam kalangan korang yang fikir alasan aku ni tak boleh dibawa dalam akal logika but… this is me..~! Aku seorang yang amat peka terhadap isu- isu global. Dan terutamanya kes ‘baby-dumping’ tu.. sungguh menyayat hati.

“Ya~!” Jawab Rishka lantang. Terbit senyuman penuh bangga, sinis, sarkastik, benci, meluat, meletop, sinis…eikk? Bukan aku dah sebut jugak ke benda tu..? Hmm. Aku mengetap bibir geram. Air mata Rishka yang diempang oleh kelopak mata tadi  mula menjirus keluar. Aku tak boleh terjemahkan maksud air mata itu. Apakah kerana dia sedih aku marah- marah dia, or dia gembira sebab dah dapat suarakan kehendak dan hasrat dia yang satu itu- ber-kapal. “And… one more thing, aku tak suka kau nak membahasakan diri kau tu kakak aku. Aku tak ada kakak. Aku Cuma anak tunggal. Dan aku tak nak anggap kau kakak aku lagi. Faham~! Anddd.. kau jangan nak memandai gelar baby Haqriel aku dengan gelaran tak senonoh kau tu. Dan sekali lagi aku tegaskan ‘kau bukan kakak aku’…GEMUK~!” Darah ku menggelegak menahan amarah yang teramat sangat. Jantung ku pula bertindak bekerja lebih masa dan melakukan OT. Peluh dingin mula merecik dan bertakung di liang roma, menunggu masa untuk mengalir keluar dengan pergerakan yang lembut dan longlai seperti biasanya cara peluh tersingkir keluar dari badan. Gigi ku terketar- ketar bagaikan nak tercabut. O-oh~! Tak mau~! Belum tua lagi dah ompong semua gigi, aduhai, buruknya rupa aku nanti~!

Chop~! Sempat aku melalut dalam situasi panas ini. Hafiq menahan kedua- dua belah tanganku. Hafiq yang berbadan sasa itu mudah sahaja mengunci pergerakan aku. Tidak pernah dibuat manusia yang menggelar aku gemuk~!-kecuali Sang Bedal darat, Haqriel Aq-Qiehrhyull. Aku ingatkan Sang Bedal tu aje yang the first and the last yang akan panggil aku dengan sungguh tidak sopan macam tu, rupa- rupanya, rakan sekelas yang aku sudah anggap sebagai adik perempuan kesayangan ku juga mengatakan begitu. Tak pernah aku menyangka. Aku bukannya gemuk sangat. Kalau mengikut BMI, berat badan aku ni masih lagi di tahap normal. Sesuai dengan susuk tubuh tinggi lampai bak model yang aku miliki ini. Aku akui yang aku merupakan pelajar perempuan yang memiliki ketinggian yang highlighted di sekolah ini. Ketinggian ku ialah 172 cm. Gila tak tinggi untuk typical Malay girl macam aku ni- tak ada hybrid okehh~! Hafiq pula 178 cm dengan badan nya yang ‘boleh lah’ itu. Hafiq merupakan plagiat aku. Kalau aku pesimis terhadap lelaki, dia pula pesimis terhadap perempuan. Kalau dah kembar, walaupun berlainan jantina, tak kemana kesukaan dan ketidaksukaan itu.

Aku akui yang adik kembar ku ini mempunyai raut wajah yang menarik dengan cara nya yang tersendiri. Walaupun hidung kami berdua memang tak lah semancung hidung Nabila Syakieb tu tapi boleh lah dikira mancung untuk typical fully-Malay descent macam kitorang ni. Hafiq dan aku punya mata coklat yang berwarna cair, sejuk mata memandang kalau korang nak pandang lah. Hafiq dan aku punya bulu kening yang tebal, tapi aku punya taklah tebal sangat, but their color are immensely gelap sangat, dah macam color rambut pula. Serius, warna hitam bulu kening aku tu pitch-black. Tak payah guna benda yang macam pensel tu untuk menggelapkan lagi warnanya. But… shape bulu kening aku tak macam shape bulu kening lelaki. Tebal yang typical untuk seseorang yang digelar gadis. Bibir Hafiq, tak lah se-pink bibir Randy Pangalila yang macam dicalit dengan gincu jenama Maybeline tu tapi, warna pink bibir Hafiq ada kelainan, warna pink jernih. Macam warna peach jernih dan pink jernih digabungkan menjadi satu. Dan… dari situ aku tahu yang adik aku ni bukan seorang perokok. Aku bangga dengan dia.

Eikk..? Chop~!Chop~! Apsal aku dok cakap and describe pasal kami kembar berdua..? Ini kerana aku dah HAWTTT sesangat, sebab tu lah dah ter-describe benda pe-pelik. Sorry~!

Ku lihat batang tubuh Rishka, ‘adik’ kesayangan ku hilang dihadang tembok berwarna biru yang bersifat legap itu. Terasa sayu hati ku. Kurang asid nitric betul Sang Bedal darat tu~! Berani nya dia guna kan cara kotor macam ni~! Aku tak sangka yang dia berdendam sampai buat macam ni pada aku..! Aku sedih! Bahagialah kau sekarang Sang Bedal darat, sebab kau dah Berjaya men-carikkan dan men-cantas bunga- bunga bahagia dan kenangan bahagia ku bersama dengan Rishka. Kau dah Berjaya hancurkan persahabatan kami..! Kau kejam Sang Bedal darat.

-Babak 2-

            Ku tiada melihat kelibat susuk tubuh Rishka hari ini. Ya~! Hari ini merupakan hari kedua persahabatan kami goyah. Sejak semalam, aku dan Rishka tidak lagi bergurau senda dan bercanda ria. Masing- masing masam dan cemberut, seperti tertelan ketulan asid nitric. Semalam, selepas Rishka Ayumi pergi meninggalkan aku dan Hafiq yang tercengang, terlopong selepas dia menggelarkan aku G.E.M.U.K, Rishka kembali semula, tetapi dia tidak duduk di sebelah aku seperti lazimnya, dia duduk di sebelah Widuri As-Scha. Melihatkan keadaan itu, aku juga bertindak tidak duduk di tempat lazim kami. Aku berpindah duduk dengan adik kembar ku, Hafiq. Jay-Jay yang merupakan side-chair-mate Hafiq ku usir duduk di tempat asalku. Aku nak ‘curhat’ dengan Hafiq. Biasanya, kembar ni mudah nak cure-heart sesame sendiri bukan..? So, sekarang aku nak buat test & try..~ Apa benar seperti yang di-uar-uarkan..? Sememangnya, ya. Aku dapat cure balik heart aku yang dah ter-carik. Memang terbaiklah kembar aku ni..~ Tapi yang tak baiknya, dia boleh pula minta claim.. nak tau apa claimnya-~ Kata Hafiq: “Aku dah pujuk kau kan, so.. aku nak minta hadiah ni, aku nakkk.. kau belanja aku makan.” Aku tersenyum mendengarkan ‘claim’nya itu. Uh..~ Stereotaip betul. Asyik- asyik belanja makan. Tak da benda lain ke..? But… “…Aku tau apa yang kau fikirkan tu… aku tak nak makan kat gerai Mak DebaH Debab tu. Aku nak hi-class punya. Apa kata.. kat Chicken Chop..?” Lanjutnya lagi. Tika itu, aku rasa  nak teriak aje. Ho-maih-Goddd~~! Chicken Chop..~ Apa kau ingat aku ni pembantu Gabernor Bank negara ke..? Aku mana ada duit nak belanja dia pergi Chic-Chop tu. Uwaa~! Terpaksalah menempekkan simen lima kampit kat muka nanti, sebab nak minta ‘pengeras’ kat my belo-vet Puh-Pah(goolate-Papa= kitorang guna Puh-Pah sebab, Papa tu macam air mandi aje, stereotaip sangat dengan orang lain, so.. alternatifnya, guna-lah Puh-Pah..comel tak..? uh~! Comel gilerrww. Puh-pah!Puh-pah!)

            Ada hikmah juga kepincangan hubungan antara aku dan Rishka. Sekarang ni aku semakin rapat dengan adik kembar ku. Dah tak macam dulu- dulu lagi. Asal jumpa.. aku mesti terus buli si Hafiq ni. Huhu. Sekarang, aku dan Hafiq selalu balik sama- sama, tak macam dulu- dulu. Balik rumah pun asing- asing. Seorang guna jalan barat, seorang pula guna jalan timur. Huh~! Tak sangka yang aku pernah berlaku khilaf dan kejam terhadap darah daging ku sendiri. Sekarang aku akui yang seloka yang diterbitkan dalam antologi Harga Remaja iaitu Seloka Emak Si Randang tu memang tepat kena batang hidung tak- berapa- nak- mancung macam hidung Nabila Syakieb aku ni.

Bunyinya macam ni.

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak berhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Watak aku dalam ni kira lah macam Emak Si Randang itu. Tapi aku tak ada anak yang nak di pangku dan disusui. Lebih- lebih lagi part kera di hutan disusui itu. Kera di hutan ini merujuk kepada Rishka yang aku anggap macam adik ku sendiri sedangkan aku sendiri dah ada adik. Kembar pula tu. Adik aku sendiri aku tak care sangat. Hmm~! Mungkin sebab aku nakkan adik perempuan. Puh- Pah dan Muh- Mah tak dapat nak kasi aku adik perempuan, Cuma adik lelaki je yang boleh dikasi, itupun kembar ku. Haih~! Aku ni tak bersyukur sangat kan~! Dah ada adik pun masih lagi nak minta adik yang lain. Bersyukur je lah Hafin yang kau ada Hafiq tu. Hafiq okey apa. Bertuah kau ada adik kembar yang understanding se-sangat macam Hafiq tu. Cuba kau Tanya orang lain, mau tak belah dada mereka sebab angin cemburu yang membadai tengok kau sebab kau ada seorang adik yang boleh diandalkan dan supportive macam Hafiq.Cuma…

            Satu perkara ni yang aku tak suka~! Teramat tak suka~! Mati hidup balik pun, Hafiq kata ni ya, bukan aku yang kata. Dia tak nak panggil aku ni kakak dia. Alasannya.. dia Nampak macam muda sangat dari aku, kalau dia muda, dia kata ni ya, orang pasti treat dia macam baby. Tapi aku tak rasa macam tu lah, aku makin rasa yang dia tu macam pak cik orang. Huahaha. Aku memang boleh tahan jahat dalam mengutuk dia. Tapi.. dia redha je. Mungkin sebab takut kat aku yang suka sangat jadikan dia macam punch bag aku kot. Hmm~! Tapi.. sekarang aku nak panjatkan doa kesyukuran yang teramat sangat sebab hikmah juga diturunkan ke atas aku. Aku berikrar terhadap diri sendiri agar treat equal kepada adik aku. Sekarang ni pun aku Nampak yang Hafiq dah boleh tertawa riang dengan geng- geng ladies aku. Hoho. Agaknya, dia pesimis dengan perempuan ni pun sebab aku kot..? Ya lah. Aku tak bagi kasih sayang sama rata kat dia. Kasih sayang aku, aku jual kat kawan- kawan lain yang bukan sedarah, sedaging, setulang, se-sel dengan aku. Tapi.. yang lawaknya, Hafiq gi cemburu pula dengan perempuan- perempuan yang aku jual kasih sayang aku, hinggakan dia prejudis plus pesimis dengan kaum perempuan. Hmm~! Kasihan adik aku, Hafiq~! Huhu.

            Hari ni, aku dan Hafiq pulang ke rumah teres double- storey mewah yang Puh-Pah beli hasil dari titik peluh nya bekerja sebagai seorang engineer pelantar minyak, menggunakan jalan bertar yang banyak lubangnya, berlubang sana, dan berlubang sini macam  lubang periuk yang terdapat di hulu sungai yang mana fakta ini aku dapat ketika aku belajar di Tingkatan 1, subjek ilmu alam, Geografi.

            Memang hancur betul dah jalan tu. Huh~! Diorang ni guna jalan ke makan jalan. Habis pecah tar bitumen tu. Macam mana lah kawasan ni nak ‘maju’ kalau jalan pun dah serupa tongkang yang baru keluar dari dasar sungai setelah beratus- ratus tahun tertanam di dasar sungai. Huh~! Tekstur jalan raya tu mencerminkan kawasan daerah kita tau tak..? Orang ‘kampung’ sekalian..? Hmm..?

“Kau tengok jalan tar tu, Hafiq~! Dah berlubang sangat dah aku tengok. Bahaya sangat dah keadaan jalan tu. Boleh mengakibatkan accident. Macam mana lah diorang ni guna jalan, guna aje ke atau terus makan..?” Omelku. Bibir peachy- pinky ku mula mengalunkan omelan- omelan yang mak nenek sahaja yang faham. Hafiq pula ketawa perlahan. Titter orang putih cakap. Aku malas nak pedulikan tawa Hafiq yang semakin menjadi- jadi. Mulanya, sedikit, lama- kelamaan dah macam Miss Pon pula ilai tawanya. Cegak bulu roma ku. Eiii~! Seram weh~! “Stop- stop lah tu Hafiq, seram aku dengar cara kau ketawa tu. Eii.” Tapi kata- kata itu hanya tersekat dalam trakea ku sahaja apabila ku lihat dua merpati… ke… eh…merpati tu cantik sangat, apa kata kita tukar sikit jadi…- dua bubut sedang memadu asmara di balik pohon cempedak milik Pak Sanusi. Terbeliak biji mata aku. Tawa Hafiq pula terhenti apabila menyedari perubahan ekspresi di wajahku. Ekspresi yang menunjukkan yang aku akan melakukan suatu kekejaman sebentar nanti. Hafiq ku lihat dari ekor mata memandang ke arah titik yang menjadi persinggahan mata ku. Ku lihat dia terlopong. “Hah~! Nak cakap apa lagi tu~! Kita serang dia Fiq~! Tolong kakak mu yang ingin menegakkan justice ini~!” Ku isyaratkan kepada Hafiq. Hafiq Cuma menurut sahaja arahan yang berunsur arahan para srikandi zaman Tun Fatimah dahulu.

            Aku dan Hafiq berjalan ala- ala gangster ke arah tempat yang sudah di-aim dengan pancaindera yang digunakan untuk melihat ini. Baju kurung ku sinsing hingga ke paras lengan, menampakkan muscle yang berketul- ketul macam yang ada pada Triple H, wrestler yang ku minat sejak pertama kali aku mula menjinakkan diri dalam menonton perlawanan aksi ganas itu.

            Ku hentakkan kaki ku ke atas pangkin buruk itu. Terkejut gorilla bubut dua orang tu. Aku pula tersengih stail devilish dan monstrous. Menyeringai menampakkan gigi putih berkilat bak model iklan jenama ubat gigi Darlie. Pandangan tajam ku hadiahkan kepada dua bubut itu. Pandangan yang tajam sekali mestilah kepada Sang Bedal darat alias Haqriel.

“Hei, Sang Bedal~!” Bentakku dengan menggenggam penumbuk lalu ku acu di mukanya. Kolar baju sekolahnya ku cengkam kasar dan ganas~! Terteleng- teleng kepalanya mengikut pergerakan tangan ku. 
“Berani- berani nya kau nak buat dosa basah kat sini. Kat tempat sunyi murni milik Pak Sanusi. Mentang- mentang Pak Sanusi tak ada sebab pergi travelling dengan isteri no. 4 dia, kau sedap- sedap nak buat dosa kotorkan tempat ini~! Dasar kau buaya jantan~!!!” Ku sambung amarah ku tadi beserta dengan satu tumbukan tepat hinggap di wajah kacak nya itu. Eikk? Aku baru cakap yang wajah dia kacak ke..? Oh tidakkk~! Tapi… takpe, lepas ni, wajah tu dah tak kacak lagi lah, sebab dah lebam. Lagi pula, clenched fist aku tu aku tala jitu- jitu kat hidung dia. Huahaha. Konfem lepas ni, hidung dia senget sebelah~!

            Ku perasan ada cecair hangat dan berpigmen merah mengalir di lubang hidung Sang Bedal darat. Hatiku kembang gembira. Akhirnya~! Cedera jugak kau~!  Rasakan nikmat nya sebab kau dah tipu Rishka hidup- hidup. Sang Bedal darat tu lap perlahan hidung dia, aku juga perasan ada cecair jernih melintasi tubir matanya. Matanya sudah menjadi empangan sementara. Menadah air mata dalam hanya beberapa ketika. Huh~! Aku mencemik. Rupanya, orang nya tidak sekuat yang aku kira. Boleh pula dia nak menangis.

            “Hei, Gemuk~! Kau buat apa pada baby Haqriel ni~!” Bentak seseorang. Ku kenal suara itu. Suara yang aku senantiasa rindui saban waktu. Suara yang membuatkan hati ku menjadi galau dan walang. Rishka~! Aku melontarkan pandangan kosong kepada Rishka. Tidak ku hirau rengekannya yang melihat ‘baby’ dia ter-cedera dan di-kalahkan oleh musuh sejak azali ‘baby’-nya itu. Tidak mungkin ku biarkan Sang Bedal darat ini untuk mengambil kesempatan ke atas ‘adik’ ku. Tak mungkin~!

            “Rishka..” Suaraku mengendur. “ Takkan kau tak perasan yang Sang Bedal ni nak dajalkan kau. Tak ke kau tahu yang dia nak taking advantage on you. Tak ke kau nampak~! Buka mata kau tu Rishka, buka luas- luas, kalau boleh sehingga kedua- dua bebola mata kau tu nak terkeluar dari soketnya. Aku sedih sebab kau boleh ditipu tidak masak oleh Sang Bedal ini~! Aku sedih sesangat. Takkan kau sebagai perempuan tak boleh nak perasan niat songsang- nya itu. Kau fikir yang dia tu baik sangat ke..? Jangan legapkan hati kau dengan cinta beruk dia tu~! Aku mohon sangat- snagat pada kau Rishka~!” Aku melutut di hadapan Rishka. Hafiq menghampiri ku. Mencuba untuk membantuku bangkit, namun ku tolak tangannya. Ini mahu ku. Aku ingin memohon dan merayu agar Rishka tidak terpujuk dek rayuan gombal alias kain buruk kepunyaan Haqriel. Aku tak nak yang adik kesayangan ku musnah di tangan musuh ku itu~!!!

“Hafin.. bangun, kau buat apa ni..? Dia tak nak ikut nasihat kau, biarkan aje. Semoga Yang Esa membukakan pintu hatinya. Jom kita balik~! Muh- Mah mesti tengah tunggu kitorang. Jom.” Pujuk Hafiq lagi. Batang badanku ditarik agar bangkit berdiri, namun aku menolak, tetap static dengan postur aku yang tadi.

“Hafin.. kau jangan degil~!” Suara keras dan tegas serta macho adik ku itu menampar cuping telinga, menerobos salur auditori, dan memukul gegendang telinga aku. Aku terpana. Adik aku kah itu..? Secepat kilat aku berdiri, amaran keras adik ku itu bagaikan sambaran cemeti yang menyentakkan alam mimpi ku.

“Hah~! Apa tunggu lagi, adik kau dah ajak kau balik tu~! Pi balik~! Aku tak nak tengok muka kau lagi~~! Kau dah sakitkan ‘baby’ aku. Kesian baby Haqriel.” Rishka tidak melepaskan bentar untuk meng-smash aku sedikit. Aku terasa hati. Sedih, walang, galau dan gundah benak ku tika ini. Dia yang ku sayang lebih dari adik ku sendiri, tega- teganya berkata sebegini kesatnya kepada ku.. Semuanya kerana musuh azali ku itu- Sang Bedal darat~!

            Nak tak nak, langkah Hafiq ku ikut gontai. Melihatkan aku yang ter-ketinggalan di belakang, Hafiq kembali kepadaku, menarik tanganku ke genggaman tangannya yang ku rasakan tapaknya sudah setaraf dengan tapak tangan lelaki dewasa. Ahai~! Berdosanya aku. Baru sekarang aku menyedari perubahan adik ku. Kenapa dulu aku melayaninya kasar dan tidak adil. Segala hal peribadi yang sepatutnya dikongsi bersamaku langsung tidak aku endahkan. Aku alpa, Yang Esa. Dia darah dagingku.. kenapa..? Aku sudah berlaku pilih kasih terhadapnya.. Maafkan kakak, Hafiq. Ngongoi ku.

-Babak 3-

Aku sudah mampu me-rayu ‘pengeras’ daripada Puh-Pah. Ku hitung- hitung.. Puh- Pah memberikan RM 250 kepadaku. Aku terloncat gembira. Ku lihat Hafiq menuruni tangga dengan langkah yang gontai, seperti aksi orang tengah mamai sahaja. Sesekali, dia menguap di hadapan ku. Haisy~! Tak senonoh punya adik~! Tapi, memandangkan dia sekarang sudah rasmi menjadi adik kesayangan ku, aku ampunkan. Mungkin dia tak akan ulangi lagi tindak- tanduk jelik ini lagi.. kalau lah dia tidak dalam keadaan yang mamai.

Ku bergerak merapati Hafiq, tanganku yang ku ais-kan di peti ais sebentar tadi, ku tekapkan di kedua- dua belah pipinya. Terjerit Hafiq dibuatku. Matanya yang nak-buka-tak-nak lantas celik. Aku yang berdiri di belakangnya yang duduk di sofa merah Muh-Mah ketawa terbahak- bahak. Mengetawakan ekspresi wajah yang terhasil daripada ‘kejutan ais’ ku itu. Hafiq mengerlingku dengan pandangan yang menerobos ke tulang hitam. Alamak~! Mampus aku~!!! Siapa lah suruh tangan ni gatal sangat~! Aku berlari kencang untuk menyelamatkan diri. Berkali- kali aku tawaf ruang tamu itu. Hafiq ku kerling dengan ekor mata masih bertenaga mengejar ku yang tenaganya sudah mencapai paras minima. I need energy~!

            Lari punya lari, entah di mana silapnya, aku berlaga dengan bucu sofa Muh-Mah. Kaki kananku tertendang kaki sifa itu. Oh-Emm-Jee~! Sakitnya..~!

            Mataku mula mengambil peranan menjadi empangan sementara. Bergenang air mataku. Sakitnya~! Hafiq ku lihat terkocoh- kocoh mendekati aku. Kaki ku dipautnya perlahan. Pantas tangannya ku tampar apabila kesakitan kembali menjalar di urat saraf.

“Sakittt~!” Teriak ku. Puh- Pah ku lihat juga terkocoh- kocoh menghampiri ku.

“Sakittt~!” Teriak ku sekali lagi. Kali ini menggunakan ketinggian nilai bunyi sebanyak 1000 megahertz~! Hafiq menekup kedua- dua belah telinganya. Nyaring benar suara ku.

“Sak…” Belum sempat aku menyatakan perasaan aku yang beberapa kali terluah, tangan Hafiq segera menekup mulutku yang tengah bersedia melancarkan momentum tinggi nilai vocal ku.

“Haih~! Bising betul~!!” Marah Hafiq. Tangannya ku tolak. Air mata yang bergenang tadi mula menjirus keluar. Teresak- esak aku dibuatnya.

“Hafinnn.. nak Muh-Mah~!!!!! Muh-Mahhhh!!!” Jeritku dalam tangis. Kedua- dua lelaki di hadapan ku sekadar menekup telinga masing- masing dek kenyaringan suaraku yang tidak berapa mengelokkan deria pendengaran.

“Muh-Mahhhhh~!!! Sakittt!!!” Suara Muh-Mah ku mulai dengar. Yes~!!

“Muh-Mahhhh~!!! Hafiq buli Hafin!!” Adu ku sambil menjelirkan lidah ke arah Hafiq. Huh~! Padan muka!!

“Ya ALLAH! Kenapa ni~!!” Tanya Muh- Mah lurus. Aku tidak menjawab, sebaliknya meneruskan drama air mata yang aku cetuskan. Hafiq pula tercengang melihat aksi ku itu.

“Hafiq buli Hafin!!” Terang ku lagi.

‘Papp~!!”

“Uwaaa~!! Muh-Mahhhh~!! Hafiq tampar dahi Hafin~!!! Muh-Mahhhh~!!!” Jerit ku. Kali ini lagi kuat dari yang 1000 megahertz tadi.

            Waras tak sakit kalau dahi kita ditampar..! Sakit siot~!! Macam mana lah aku ada adik sekejam Hafiq ni..? Eikk? Bukan ke gen tu diturunkan daripada ibu bapa, so maknanya.. gen kejam tu diturunkan dari Puh-Pah dan Muh-Mah… so, yang patut disalahkan dalam hal ehwal ini ialah Puh-Pah dan Muh-Mah~!!! By the way.. Hafiq tu kembar kau.. yerrr… kau pun ada gen kejam tu~!!

“Hafiqqq~!!” Suara Muh-Mah meninggi. “Kenapa buat kakak macam tu..?” Dah sudah, Muh-Mah dah naik angin. Aku bersorak dalam hati..! Sakit kaki ku terbalas..

“Hafiq tak sengaja lah –Mah..” Jawab Hafiq selamba.

“Tak sengaja apa ke benda nya.. huh..? Dah terang- benderang jelas lagi ada spotlight yang kamu tu tampar dahi kakak kamu tu. Kalau kakak kamu terkena gegaran otak macam mana..? kamu nak ke bertanggungjawab..?” MasyaALLAH~! Boleh pula Muh-Mah macam nak doakan aku terkena gegaran otak..? Ish. Tak patut~~!!

            Wajah Hafiq ku kerling sepintas lalu. Muram. Cemberut. Merah. Panas. Hafiq bangun. Mendaki ke anak tangga. Kemudian, bunyi pintu dihempaskan menyentakkan aku. Hafiq marah..? Sebab aku..?

            Serta- merta air mata yang tadi nya berjuntai- juntai menodai pipi mulusku berhenti. Aku berasa bersalah sebab terlebih propa tadi. Aku tak menyangka yang Hafiq akan sebegini sensitifnya. Apakah.. Hafiq period..??? Ahhh.. Samdol punya fikiran~! Ada ke patut fikir macam tu~!! Adik kau tu manusia lah Hafin, mestilah dia sentap kalau ada orang yang marah dia..! Tukas otak ku yang bergeliga.

            Aku lantas bangun dari pendudukan ku yang tak berapa sempurna. Panggilan dan laungan daripada Muh-Mah dan Puh-Pah tidak ku endahkan. Perlahan- lahan aku mendaki anak tangga menuju ke bilik Hafiq, memandangkan sakit di kaki membataskan pergerakan.

            Sesampainya di hadapan bilik Hafiq, ku pulas tombol pintunya. Tidak berkunci. Aku masuk ke biliknya. Hafiq ku lihat sedang memeluk kakinya dan menyembamkan mukanya ke lutut di atas katil Queen-sized nya.

            Perlahan-lahan aku hampiri dia dan melabuhkan punggung ku di sisi nya. Hafiq mendongak. Melihat gerangan siapa yang berani- berani nya mencemar tempat pembaringannya itu, siapa lagi kalau bukan kakak kembarnya yang selalu mencetuskan masalah, iaitu Hafiqin Halzreen.

“Kau buat apa kat sini..? Kenapa tak ubat kaki dan dahi kau yang nak tercabut aku kerjakan..” Kata Hafiq keras. Aku Cuma mampu membatu. Sebegini marahnya Hafiq kepada ku.

“Aku minta maaf.” Ujarku seraya mencuit jemarinya. Jari ku ditepisnya kasar. Terasa pijar sedikit pada jari- jemari molek ku.

“I’m soooo sorry…” Ujar ku sekali lagi, namun dalam bahasa yang berlainan.

“Sorry- sorry, maaf-maaf. Tu aje yang boleh kau sebut. Kau memang tak ada modal nak sebut perkataan lain. kalau buat salah, asyik- asyik sorry, asyik- asyik maaf. Kau tak rasa ke yang aku ni pun ada perasaan. Aku pun manusia. Walaupun aku dilahirkan sebagai lelaki, tak semestinya aku boleh tahan cool semedang kalau kau sakitkan hati aku. Aku juga punya hati, limpa, jantung, pancreas, esophagus. Kau tak pernah faham semua itu. Yang kau fikir Cuma diri kau aja. Kau memang tak pernah jeran. Kau memang tak pernah berubah. Sekarang aku minta kau keluar dari bilik aku~~! Keluarrr~!!!” Tengking Hafiq. Aku terkedu. Memang benar apa yang Hafiq katakan. Hanya dalam satu nafas sahaja Hafiq meluahkan ketidakpuasan hati yang telah lama bergumpal dalam jiwanya.

“Aku memang salah. Aku memang jahat. Tapi.. aku nak berubah, Hafiq. Aku tak nak jadi kakak yang tidak menghiraukan perasaan adik- beradiknya lagi. Aku nak berubah Hafiq..~! Memang selama ini, apa yang aku buat pada kau semuanya menyakitkan hati. Aku pula jadikan kau punch bag aku. Aku minta maaf atas keterlanjuran aku dalam bertingkah. Aku minta maaf sangat- sangat. Sekarang, terserah kau nak menghakimi aku. Aku akan keluar dari bilik kau. Sekali lagi, aku minta maaf sebab aku tak mampu jadi kakak yang terbaik untuk kau.” Ujarku lirih. Ada sendu yang bertakung di setiap ayat. Aku perlahan- lahan bangkit dari katil empuk itu. Mula menapak gontai meninggalkan kamar istirehat Hafiq. Namun tak semena- mena, kesakitan di kaki makin menjalar. Terjelepok aku dibuatnya. Aku mengerang kesakitan. Namun, digagahkan jua segala kudrat untuk bangkit. Namun.. tak berhasil jua. Ku cuba bangun lagi. Kali ini berhasil..! Berkat… bantuan Hafiq..? Hafiq tak marah lagi ke..? Tanyaku pada diri sendiri.

            Hafiq menjadi tongkat dalam perjalanan ku. Sedikit- sedikit aku bertatih. Akhirnya aku sampai di bilik tidurku. Hafiq memapah ku duduk di birai katil. Dia tidak berbicara satu patah pun kepada ku. Hafiq ingin melangkah pergi meninggalkan ku, namun segeraku tarik tangannya, menghalang dia daripada pergi. Perlahan- lahan aku berdiri. Aku lantas memeluknya dari belakang. Sudah 10 tahun aku tidak memeluknya begini. Aku merindui masa kecil ku.

“Izinkan aku peluk kau sebentar. Cuma sebentar.” Aku memeluk Hafiq makin erat. Hanya itu sahaja cara aku mampu zahirkan rasa sayang ku kepada adik ku. Aku menyesali perbuatan ku yang lampau.

            Hampir 15 minit kami dalam keadaan begitu, aku mula melonggarkan pelukan. Sebelum Hafiq meninggalkan aku sendiri di kamar ku, aku berbisik di telinganya.

“Aku sayangkan kau, adikku.” Ku luahkan kata- kata itu sejujur hati ku. Aku sayangkan dia, aku tak nak dia sedih sebab perilaku jahat ku padanya dahulu. Kalau boleh, aku nak bayar balik semua masa yang tidak aku luangkan bersamanya seperti adik- beradik yang lain di muka bumi ini. Kalau boleh..

            Hafiq meninggalkan aku tanpa berkata sepatah bicara. Membiarkan aku terkontang- kanting. Aku sedih. Adikku… ngongoi ku dalam jiwa yang lara.

-Babak 4-

            Di bilik nya, Hafiq menangis. Meluahkan segala kesedihan yang terpendam. Melahirkan rasa pilu dan remuk redam yang selama ini sebati dengan kehidupannya.

            Dia bukan seperti budak lelaki lain yang malu bila bergandingan dengan adik- beradik perempuan yang lain. dia bukan jenis budak lelaki yang control kemachoan mereka. Hafiq adalah Hafiq. Budak lelaki yang kehausan kasih sayang dari kakaknya, kakak kembarnya, Hafiqin Halzreen.

            Tidak dinafikan kasih sayangnya terhadap Hafin masih lagi menggunung, tiada yang mampu mencantas kasih sayangnya. Benar kata orang, pertalian antara kembar amat kuat. Dia tidak malu mengaku rasa sayang nya kepada kakaknya yang satu itu. Namun, segala pilu dan remuk redam menenggelamkan butir- butir kata sayang yang sekian lama bermastautin di peti suaranya.

“Aku sayangkan kau, kakak ku..” Ngongoinya dalam tangis. Tanpa disedari, kedua- dua beradik itu saling memendam rasa rindu dan pilu yang menggunung, menahan rasa bersalah yang bergelodak di jiwa. Sungguh, penipuan itu menyesakkan dada. Kerana perbuatan kelmarin, Hafiq memendam dendam terhadap kakaknya.

-Babak 5-

            Aku mengetuk pintu bilik Hafiq. Beberapa bentar kemudian, kepalanya tersembul di muka pintu. Matanya sembab. Se-sembab mataku kala ini. Apakah dia sama seperti ku.. menangis kerana kerinduan pada masa kecil ku..?

“Ha..Hafiq… ak…aku nak ajak kau makan di Chic-Chop. Aku nak tebus janji aku hari tu.” Ujar ku tersekat- sekat. Kenapa pula suara ini derhaka kepada tuannya sendiri..?

            Ku lihat Hafiq berfikir sejenak. Kosong sahaja pandangannya tika itu. Kemudian, dia bersuara.

“Umm. Baiklah. Aku nak tukar baju kejap.” Ujarnya tanpa nada seraya masuk kembali ke dalam bilik. Kemudian, kepalanya terjengul lagi. Hampir melatah aku dibuatnya.

“Kau tunggu aku di bawah.” Aku mengeluh hampa. Aku ingatkan dia nak cakap apa tadi.

‘Kau ingat dia nak cakap apa Hafin..huh..? Kau ingat dia nak cakap macam ni.. “Kak Hafin, Hafiq sayang sangat pada Kak Hafin..!” Gitu yang kau harapkan, Hafin..? Huh~!! Tak mungkin-~!’ Dia tak mungkin akan cakap macam tu.. dia takkan maafkan kesilapan aku. Jangan bermimpi di siang yang cerah, Hafin.. Ku peringat kan diri ini sepanjang perjalanan ku menuju ke tingkat bawah.

Kelibat Muh-Mah ku lihat di dapur. Puh-Pah pun. Masing- masing dengan wajah ketat.

“Macam mana Hafiq tu Hafin..?” Tembak Muh-Mah dengan soalannya. Aku menjawab perlahan.

“Dah okey dah. Muh-Mah jangan risau.”

“Kaki kamu tu dah okey..?” Tanya Muh-Mah untuk soalannya yang kedua. Aku tersentak. Kaki..? Huh~! Sungguh aku terlupa perihal kaki ku ini. Sakitnya yang berdenyut- denyut tidak aku pedulikan. Namun, syukur juga sebab selepas aku mengurut- urut pada sendi yang terseliuh, sedikit kelegaan aku rasakan.

“Alhamdulilah, sudah –Mah.” Jawabku.

“Kau dah ke..?” Tanya satu suara kepada ku. Ku menoleh sesaat ke arah suara itu lalu menerbitkan senyuman ikhlas di bibir.

“Dah.” Jawab ku pada soalannya.

“Kamu berdua nak pergi ke mana pula tu..?” Tanya Muh-Mah penasaran melihat fesyen kami berdua hari ini.

“Date. Kat Chic-Chop.” Jawab Hafiq selamba. Aku pula tersenyum geli hati melihat telatah Muh-Mah yang tercengang dengan perkataan pertama yang terluah di bibir adik ku yang satu itu.     

“Naik apa..?” Tanya Puh-Pah pula.

“Teksi.” Jawab ku selamba. Agaknya trademark kami dua beradik hari ini ialah ‘selamba’.

“Umm. Baik- baik jalan tu.” Muh-Mah berpesan sebelum kelibat aku dan Hafiq hilang di sebalik tembok rumah kami.

            Aku dan Hafiq berjalan dengan kelajuan yang boleh dibandingkan dengan kelajuan siput mengensot. Gontai benar langkah kami berdua. Masing- masing diam tanpa suara. Sunyi sahaja. Sudahlah lorong yang bakal kami lalui sebelum sampai di jalan besar ini kosong dan sunyi sahaja. Kalau nak mendapatkan teksi, bas atau apa- apa kenderaan, sememangnya, segala kenderaan itu hanya boleh didapati di jalan besar. Kadang- kadang, aku terlihat kelompok mat gian melunaskan nafsu gian mereka di bangunan- bangunan tinggal di sepanjang lorong ini. Seram rasanya. Namun, nak buat apa. Dah takdir, yang jalan menghala ke arah jalan besar Cuma itu sahaja. Berbeza dengan jalan menuju ke sekolah.

             Tiba- tiba…

“Hah~! Ke mana lagi kau nak pergi hah..?” Sentak satu suara garau di belakang ku. Dan aku yakin 450 % yang itu bukan suara milik Hafiq, melainkan itu suara..

“Kau.. Sang Bedal darat..~!” Nyata ku. Ku lihat hidungnya berplaster lima. Benar sekali sangkaanku. Pasti hidungnya kini sudah senget dek tercedera dihentam penumbuk sulungku beberapa hari yang lalu. Aku memandang jengkel ke abah Sang Bedal darat dan dua orang acah-acahnya, Saiful dan Jack, nama sebenarnya Jantan. Dulu, aku selalu gelakkan namanya. Sentimental value se-sangat. Pernah satu hari tu, Jack menangis apabila aku tak jera- jera mengejeknya dengan nama tak komersialnya itu. Tapi, nak buat macam mana lagi, dah tu nama yang direkod dalam sistem pendaftaran warganegara Malaysia. Dah tak boleh ubah dah.

“Aku nak ke mana tu, itu urusan aku, bukan urusan kau..!” Jawabku berani tanpa memikirkan bahaya yang dirancang oleh Haqriel alias Sang Bedal darat dan acah- acahnya.

“Memang bukan urusan aku, tapi kalau..” Sang Bedal darat berjeda sebentar sambil menggamit Jack menghampirinya. “.. Jack, bawa budak tu ke mari.” Arah Sang Bedal darat kepada Jack. Jack menurutinya dengan sengihan terlebarnya. Aku dan Hafiq sekadar memerhati drama yang disaji di tengah- tengah deretan bangunan tinggal ini.

“Kalau budak ni K.O. di hujung pisau Rambo ku ini, ia nya akan menjadi urusan kau. Kan ke dia ni pernah jadi adik kesayangan kau suatu masa dahulu.” Provok Haqriel sambil mengacah untuk mengelar leher Rishka.

Wajah Rishka ku tatap. Kasihan sekali keadaannya. Apa yang Sang Bedal darat ini lakukan pada Rishka hinggakan keadaan Rishka tak seperti dahulu..? Compang- camping bajunya. Kusut- masai rambutnya. Lebam- lebam mukanya. Ya TUHAN..

“Kak Hafin, jangan pedulikan Rishka. Sang Bedal darat ini Cuma nak dajalkan akak aja. Akak jangan sahut arahan dia. Dia takkan berani nak kelar leher Rishka. Jangankan kelar leher Rishka, nak selar leher ayam buat juadah hari raya pun dia dah pitam.” Jerit Rishka beserta memberitahuku ‘kelemahan’ yang berada di pihak Sang Bedal darat. Aku gembira yang Rishka masih menganggap aku kakaknya dan tidak lagi menggelar Sang Bedal darat  tu ‘baby’ Rishka. Grrr~!

“Apa kau nak dari aku..?~!!” Soalku tanpa rasa gentar bertakung di sanubari. Soalan ku itu mengundang letusan ilai tawa dari jejaka- jejakan bangsat itu.

“Aku nak kau..!” Cukup tiga patah perkataan itu membuatkan aku lemah sendi. Dia nak aku..? Haish~~!! Kata- kata itu juga membuatkan hati Hafiq menggelegak dengan suhu uttermost-nya. Bangsat kau~! Kau ingat kakak aku tu barang ke senang- senang nak ambik macam tu aje..?~!

“Hei, Sang Bedal darat~! Kau jangan nak minta yang bukan- bukan kat kakak aku. Kalau tak nahas kau aku kerjakan..!” Ancam Hafiq, denagn wajah yang merah panas, menahan tsunami dalam jiwa.

“Ha.Ha.Ha” Sang Bedal darat ketawa  mengejek. “..Hafiq, Hafiq. Macamlah aku tak tahu kisah di antara kau dan ‘kakak’ kau ni. Kau anggap dia, mengaku dia kakak kau, tapi pernahkah kau fikir yang dia juga mengaku kau adik nya..? Aku rasa tak. Kau lupa ke yang dia canang kat semua orang suatu hari itu, yang kau bukan siapa- siapa nya dia. Kau bukan adiknya, malah bukan kembarnya. Sampaikan suatu hari tu, barulah semua orang tahu yang korang ni berkongsi rahim yang sama. Tak gitu, Hafin..?” Kata- kata Sang Bedal darat itu menyentakkan tangkai hatiku. Aibku dibuka semula. Susah payah aku mengabuskannya, sekarang kau buka lagi aib itu..!

“Pernah. Kakak aku sayangkan aku, tak gitu, Hafin..?” Tanya Hafiq kepadaku. Aku tersentak dari mengimbau zaman jahiliyah ku. Aku tak tahu soalan apa yang Hafiq tanyakan ke aku. Apa yang mampu aku lakukan hanya mempamerkan secoret ekspresi tanpa riak sahaja. Ekspresi yang mungkin membawa seribu satu makna.

“See..? Dia tak ngaku. Maknanya, betullah yang dia tak sayang dan tak anggap kau adik dia. Kasihan nya kau, Hafiq, sebab dapat kakak kembar macam si Hafin ni.” Aku sekali lagi tersentak. Jadi itu yang ditanyakan. Apakah aku menyayangi Hafiq..? dan ekspresi aku tadi telah melambangkan suatu tafsiran negative yang menyebabkan Haqriel tersalah tafsir, dan tidak terkecuali Hafiq. Pasti dia sedih melihat reaksi ku tadi. Aku kena bagitau dia..!!

“So, Hafin, macam mana, kau setuju tak dengan tawaran aku ni.. kau tukar tempat dengan si Rishka ni.. kau datang ke aku, maka akan ku lepaskan anak Jepun ni. Kau tahu tak, Hafin..? Aku sudah lama mengimpikan kau, memiliki kau, tapi kau saja yang asyik jual mahal dengan aku. Kata kau, kau tak suka alias benci lelaki, sebab major cause yang menjurus ke kes pembuangan bayi disebabkan oleh kaum lelaki. Huh~! Kau memang seorang yang peka terhadap isu- isu sosial, ya Hafin. Namun, kepekaan dan ketaksuban kau pada penyebab isu sosial itu menyusahkan aku~!!!! Kau tak anggap Hafiq adik kau sebab kau anti- lelaki, kecuali Puh-Pah kau saja yang  kau iktiraf jadi satu-satunya lelaki dalam hidup kau.” Rumus Sang Bedal darat dan sememangnya rumusan nya itu tepat kena batang hidung aku. Arggh~! “..So, sebab tak tertahan menanggung perasaan cinta yang berputik sejak pertama kali batang hidung kau tu muncul dalam hidup aku, aku terpaksa guna cara ini- memikat Rishka untuk mendapatkan Hafin..!- Sekarang terserah kau, kau jangan fikir yang aku tak berani kelar leher budak ni~! Kalau kau nak dia selamat, kau mara, kalau kau nak dia inalillah, kau pergi.”

“Kau memang kejam Sang Bedal darat..!!!” Teriakku. Kenapa lah hari ini, kawasan lorong itu sunyi nian. Kelibat manusia seorang pun selain daripada kami berenam tiada ku lihat. Bagaikan tersedia untukku menghadapi cabaran ini sahaja. Arghh~!!

“Well, sekarang, kau decide, nyawa dia atau kau mara kepadaku.” Sekali lagi ayatnya itu menerobos dengan kencang ke salur auditori ku. Kalau aku mara, pasti keselamatan aku bakal tergugat, kalau aku stay still di sini, keselamatan Rishka bagaimana..? Aku sayangkan Rishka.. Tak mungkin aku akan biarkan seseorang yang pernah ku anggap darah dagingku dizalimi di hadapan mata..!!! Aku sudah mengambil keputusan.. Tiada jalan lain yang aku rasakan positif tika ini.. Hafiq, selamatkan kakakmu ini sayang..~!! Kata- kata itu hanya ku susun dalam benak. Tidak terluah dek bicara. Hafiq pasti berkecil hati denganku selepas mendengar kata- kata Sang Bedal darat tadi. Dan.. sekali lagi, aku tak bisa mengungkapkan rasa sayangku pada Hafiq, rasa sayang seorang kakak kepada adiknya..

“Baiklah. Aku mara. Kau lepaskan Rishka dengan aman. Kalau secuit pun lecet, kau berurusan denganku..!” Tawarku beserta ancaman walaupun ancaman ku itu hanya dianggap angin lalu oleh Haqriel. Dia tersenyum kemenangan. Aku mula melangkah ke abahnya.

“Tidakkk~!!!” Jerit Hafiq dan Rishka serentak. Namun, jeritan itu ku usir jauh- jauh dari fikiranku. Aku kena selamatkan Rishka. Harusss~!!!

            Aku menapak gontai ke arah Haqriel dan acah- acahnya. Rishka sudah dilepaskannya. Rishka meluru ke arah Hafiq. Ku lihat itu melalui ekor mata sahaja. Senyuman kepuasan terbit di bibir Haqriel.  Apa yang bakal Haqriel lakukan padaku..? Ya ALLAH, selamatkan hambamu yang kecil dan lemah ini.. Ku merintih kepada Yang ESA.

“KAKAKKKK~!!!” Jerit seseorang. Baru pertama kali ku dengar yang Hafiq memanggil ku, Kakak, setelah peristiwa tiga tahun yang lalu. Sejak tiga tahun yang lalu, Hafiq sudah berikrar kepadaku yang dia enggan memanggil ku Kakak, alasannya ya, seperti yang aku terangkan di awal cerita ini. Dia enggan dianggap ‘baby’. Tetapi.. sebenarnya.. bukan itu alasan konkrit bagi perbuatannya. Alasannya.. kerana dia berjauh hati denganku, kerana aku telah mengabaikannya..

“Hei, kau jangan menapak..~!!! Kalau kau mara selangkah, kakak kau akan ku habisi..!!!” Ugut Haqriel. Apakah yang ingin Sang Bedal darat ini lakukan ke aku..? Nak dijualnya kah, dilelongnya kah, diculiknya kah, dibunuhnya kah, dirogolnya.. Astaghfirullah. Ya ALLAH. Kepada-MU aku berlindung.

“Kau lepaskan Kak Hafin, Haqriel..~!!!” Laung Hafiq. Laungan Hafiq hanya menerbitkan senyuman yang tidak beberapa menarik pada penglihatanku. Yalah, mestilah dah tak menarik, sebab muka dia dah bertampal plaster lima. Macam mumia dah aku tengok.

“Takkan aku lepaskan dia..!! Aku nak balas dendam sebab dia dah hancurkan muka kacak aku ni..!”

“Kau lepaskan dia.. kalau tak aku repot polis..!!” Ugut Hafiq.

“Kau cubalah repot, kalau kau dah tak nak lihat muka cantik kakak kau ni lagi, tak gitu Sayang-ku Hafin.” Euww. Sayang..? Hah~! Benci ku dengar ungkapan itu..!!!

            Hafiq dan Rishka kematian akal. Macam mana caranya untuk menyelamatkan Kak Hafin..?

Aku ditarik oleh Haqriel menuju ke sebuah bangunan tinggal. Dah sudah. Apa yang ingin dia lakukan padaku..? Aku hanya mampu berzikir kepada Tuhan.

“Jack, Saiful.. korang uruskan budak dua orang tu.” Perintah Haqriel kepada acah-acahnya. Aku pula terkial- kial mengekori langkah Sang Bedal darat ini. Kenapa aku tak melawan..? Kenapa dengan aku..? Argghh~!!

            Aku dapat rasakan yang sel-sel neuron aku ter-connect kembali. Aku mula meronta- ronta minta dilepaskan daripada cengkaman Sang Bedal darat. Aku tarik tangan aku, dia tarik pula tangan aku. Aku tolak dia sampaikan dia hampir terjatuh dalam parit, dia tarik aku, hinggakan aku pun nak terjunam dalam parit juga, at-last aku terpaksa tarik dia untuk menyelamatkan diri aku sendiri. Masalahnya.. dia masih tak nak lepaskan aku..! Aku tendang celah kangkangnya.. dia apa lagi.. meroyanlah dia..~! Huh~! Padan muka..Kau Sang Bedal darat..~!

            Aku lari untuk menyelamatkan diri. Sempat aku berfikir, ‘Apasal pula aku tak bantai dia aje dari tadi..? Suspicious sesangat dengan benak geliga aku ni. Boleh pula neuron- neuron otak aku tak bersambung..~! Kalau lah neuron- neuron  tu bersambung lebih cepat tadi, tak adalah aku nak buat drama Melayu tadi.Cheh~! Buang Karen aje nak buat drama Melayu. Kan elok kalau aku kick tutt dia dari awal tadi..~!! Haisy~!’

            Aku berlari menuju ke tempat pertemuan aku dan geng Sang Bedal darat tadi. Ku lihat adik ku Hafiq dan Rishka sedang berdiri menarik nafas dalam. Dua orang acah- acah Haqriel pula tidak kelihatan kelibat mereka. Puff~ hilang macam dighaibkan ilmu ‘sulap’.. (Eh, ada ke..?)

            Aku melangkah ke arah mereka dengan senyuman terlebar yang aku miliki. Hafiq dan Rishka memandangku kaget. Apasal..?

“Kau berdua jangan mara..~!! Kalau mara.. aku tak akan teragak- agak bunuh perempuan tak guna ni..~!!!” Suara 
garau Sang Bedal darat menyapa telinga ku setelah dia Berjaya mengunci pergerakan ku. Entah dari mana datangnya makhluk ini entah. Aku meronta- ronta. Pautan di leherku pula semakin diketatkan. Semput aku dibuatnya. Oksigen~! Oksigen~!

“Hei, perempuan~!! Kalau kau meronta lagi sekali, aku kelar leher kau!!” Ancam Haqriel yang telah mengacu pisau Rambo nya di leherku.. Eikk..? Leher? Bukan ke aku pakai tudung tadi..? Aku teraba- raba kepala ku dalam situasi mencemaskan itu. Sahih~!! Tudungku tidak lagi melekap di kepala..  Arghh~!!! Macam mana bisa..?

“Hei, Sang Bedal darat, kau lepaskan aku.. aku kata lepas.. sebelum aku hantuk kepala kau kat dinding bangunan tu nanti..!!!” Ancam ku. Aku tidak takut akan ancaman pisau Rambo yang diacah nya kepadaku. Tangannya yang memaut leherku, ku gigit kuat- kuat. Pisau dalam tangan kirinya pula tercampak ke jalan. Syukur.. But..

            Oleh sebab, aku dah ter-free hair, rambut panjang ku yang ku ikat tocang ditarik kasar oleh Haqriel, bagai nak tercabut kepala ini menahan pijar. Berkerut muka ku menahan sakit. Hafiq datang membantuku. Dilayangkannya sebiji penumbuk ke muka Haqriel. Agak- agaknya, berapa pula plaster yang dilekatkan kat muka nya nanti..?

            Sang Bedal darat tersembam ke jalan. Ku lihat hidung nya berdarah. Ha~!! Dua kali dah kau dapat penumbuk!! Dan.. kali ini kau dapat daripada adik kembar kepada perempuan yang menumbuk kau tempoh hari.. Ambik kau!!!

            Haqriel bangkit semula untuk membalas tumbukan daripada Hafiq. Dia mengambil semula pisau Rambo yang tercampak tadi. Lalu diacah- acahnya ke Hafiq. Aku cemas. Sang Bedal darat ini memang sudah sewel. Macam mana kalau pisau itu terkena barang siapa di antara mereka..? Adoiii~!! Hati ini.. boleh pula menyatakan perkara kurang enak..!

“Sang Bedal darat!!!” Jeritku marah. Berani- berani nya dia melecetkan kulit adik ku. Tanpa tertahan- tahan oleh suara hati, suara jantung waima suara sesiapa di situ, aku dengan beraninya berlari ke arah Haqriel untuk menghadiahkan nya satu biji penumbuk.. namun, belum sempat aku..

“Arghhh~!!” Satu jeritan nyaring bergema sepanjang laluan lorong itu. Bangunan- bangunan tinggal di situ menjadi pemantul bunyi yang terbaik. Gema jeritan nyaring itu bermaharajalela di kawasan itu.

            Aku meraba- raba perutku yang pedih dan pijar. Sakit. Itu saja yang mampu aku nyatakan tatkala itu. Seumur hidupku, baru kali ini aku merasakan suatu rasa yang pedih dan ngilu. Rasa pedih tertusuk pisau. Tersekat- sekat nafasku. Melalui tubir mata, ku lihat Rishka berlari ke arah ku, Haqriel pula berlari jauh meninggalkan aku yang sedang nazak. Hafiq mencempung tubuhku. Pisau Rambo milik Haqriel tidak berada di ruang tusukan itu, sebaliknya selepas menusukku dengan pisaunya, Haqriel dengan kalut mencabut kembali pisau itu. Akibat dari perlakuannya itu, aku menanggung suatu derita yang amat.

            Nafasku kian gontai. Sendi pula kian lemah. Namun, telingaku masih belum pikun untuk mendengar patah bicara Hafiq dan Rishka.

“Kakak!! Kakak Hafin jangan tinggalkan Hafiq!!” Jerit Hafiq. Aku hanya mampu membalas jeritan penuh syahdunya itu dengan linangan air mata. Tidak ku sangka, rancangan ku untuk membelanjanya makan di Chic-Chop menjadi hari buruk untukku, hari kematian ku barang kali. Hah~! Kenapa mesti sekarang. Aku belum lagi sempat untuk menunaikan janjiku pada Hafiq. Aku belum sempat lagi menunaikan tanggungjawabku sebagai anak kepada Puh-Pah dan Muh-Mah. Aku belum sempat lagi mengejar cita- citaku. Aku belum sempat lagi.. Masya-ALLAH. Berdosanya aku menidakkan takdir ku sendiri. Lupakah aku yang ajal maut di tangan TUHAN. Lupakah aku..? Jika sudah takdir ku maut di hujung tusukan pisau itu, aku redha Ya ALLAH. Semoga kau memberkati dan meredhai urusan- urusanku di dunia. Amin.

“Kakak!! Kau sentiasa di hati ku!! Kakak, bertahanlah.. sebentar lagi ambulans sampai.. Please.. bertahan.. demi Hafiq..!!” Ujar Hafiq cuba memberikan aku suntikan semangat, walaupun dia tahu, suntikan itu tidak mampu menghalang kemahuan Yang ESA.

“Hafiq…” Lirih ku menyeru nama nya. “.. Maafkan segala dosa kakak pada Hafiq. Jikalau takdir akak seperti ini, akak minta kalian redha. Maafkan akak kerana tidak dapat menunaikan janji akak pada Hafiq.”

“Akak!!!” Jerit Hafiq dan Rishka. Aku tahu.. pasti jeritan mereka itu nyaring sekali. Namun, pada ku yang sedang nazak ini, jeritan iu tidak sekuat mana. Cukup sahaja seperti desiran bayu petang.

“Akak!! Maafkan Rishka.. Sebab Rishka akak jadi macam ni.. Kak Hafin bertahanlahh..!!” Kali ini Rishka yang menyuntikkan semangat untukku. Selesai ayat terakhirnya, duniaku gelap. Tiada lagi sinar mentari yang menyinari hari dengan cahaya siangnya. Tiada lagi kicauan burung milik Pak Cik Chong singgah di pancaindera bunyi ku . Tiada lagi usik sakat di antara aku dan rakan- rakan sekelas ku yang ku anggap adik- beradikku. Tiada lagi luahan perasaan yang menyesakkan alveolus- alveolus daripada Tengku Emil, ketua kelas kami yang menyatakan cinta padaku. Haha. Lucu sekali peristiwa itu kalau dikenangkan kembali. Tiada lagi muncung Rishka yang panjangnya berbatu- batu nautika apabila ku menghalangnya daripada menjalin hubungan cinta fitrah. Dan yang paling penting..tiada lagi kakak menyusahkan dalam hidup Hafiq..

DUA BULAN KEMUDIAN…

            Hafiq duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang yang di bawanya tadi sambil membaca surah Al- Fatihah kepada pemilik pusara yang di hadap nya sekarang. Diusap- usapnya batu nisan yang mewakili ‘penghuni’ pusara itu, seperti dirinya itu sedang membelai kepala penghuni pusara itu.

“Sudah dua bulan kau pergi. Tapi.. rasanya seperti baru semalam kau pergi. Terlalu awal untuk kau.. dan aku berpisah.. sungguh.. terlalu awal..” Air mata Hafiq jatuh berderai di atas pehanya. Dibiarkan sahaja air mata itu yang mana mula menodai pipi. Barang kali, air matanya itu sudah berubah ritma alirannya. Tangannya masih lagi mengusap-usap batu nisan.

“Belum lagi aku menzahirkan rasa sayang dan cintaku pada kau.. kau pula pergi meninggalkan aku.. aku sunyi.. aku sunyi tanpa karenah engkau yang tidak putus- putus menghingar- bingarkan alam sekeliling, menghuru- harakan fikiran aku dengan bayanganmu. Sungguh.. aku mengaku yang aku sayangkan kau.. lebih dari sayang.. mungkin.. cinta. Ya.. aku tahu perasaan aku ini salah. Dan mungkin.. tidak diredhai..” Air matanya makin lebat mengalir. Tersesak- esak dia di situ. Hafiq tersentak apabila bahunya ditepuk. Perlahan- lahan dia menerbitkan senyuman ikhlas kepada gerangan yang menyedarkannya dari menyesali masa lalu. Surah Al- Fatihah di tangan ditutup rapi. Air mawar disedekahkan buat si mati. Selesai itu, dia lalu menggulungkan tikar mengkuang yang dijadikan alas duduknya. Dikepitnya tikar itu di bawah ketiaknya. Dia berjalan beriringan dengan gerangan tadi.

“Sudah- sudah lah tu Fiq. Dah lama dah hal tu berlaku. Dah dua bulan dah. Takkan lah kau nak ingatkan dia saja. Redhakan pemergiannya.” Nasihatku. Hafiq tersenyum ikhlas. Air mata yang menodai pipi tadi dikesatnya. Malu pula dilihat kakaknya. Sudah besar panjang begini masih lagi nak nangis. Cengeng~!!

            Batu nisan yang terukir nama Jeremiah Jazel bin Mohd. Johari ku pandang sayu. Jay- Jay.. Tak sangka yang Jay- Jay akan pergi secepat itu. Aku sangka kan yang hari aku tertusuk pisau tu, aku yang mati, tetapi.. Jay- Jay. Sudah tiga tahun Jay-  Jay menderita sakitnya itu. Sakit barah hati. Dan.. hari aku tertusuk pisau Sang Bedal darat itu lah, malaikat maut menarik rohnya atas izin ALLAH.

            Sayu aku kalau mengingatkan perihal Jay-Jay. Ya lah. Bukankah aku pernah mengusir dia duduk di tempat duduk ku untuk membenarkan aku duduk di tempatnya untuk meluahkan perasaan aku pada adik kembarku, Hafiq. Ahai.. sungguh aku menyesal kerana tidak memberikan keistimewaannya pada waktu hidupnya. Kasihan Jay- Jay.

            Sejak hari kematian Jay- Jay, Hafiq jadi kacau- bilau. Puas Puh-Pah dan Muh-Mah berikhtiar untuk menyembuhkan kedukaannya itu. Tidak terkecuali aku. Sakit- sakit aku pun, aku bantu juga adik ku itu. Haih~!

            Korang nak tahu pasal Sang Bedal darat and the gang tak..? Haqriel alias Sang Bedal darat, sejak aku keluar dari hospital sebulan tiga minggu yang lalu, sudah menjadi penghuni penjara. Takkanlah nak lepas aje budak buaya tu.. Rishka yang repotkan. Hmm.

 Tentang Rishka pula. Sejak peristiwa aku tertusuk pisau tu, Rishka semakin baik dengan aku. Ya lah kan. Mata dia dah terbuka luas melihat penipuan si Hipokrit + Sang Buaya darat Haqriel tu. Dia juga dah tak mudah nak percayakan pria katanya. Sekarang nih, dia pula yang take- over zaman jahiliyah aku dulu. Kenapa aku kata zaman jahiliyah aku..? Sebab.. aku kan pernah kata yang aku ni pernah jadi anti- lelaki. Huh~!! Kesian.. Si Helmi. Dari dulu sampai sekarang, hati Helmi hanya didiami oleh Rishka sahaja. Rishka sahaja yang tidak menyedarinya. Kalau aku.. aku lebih meredhai hubungannya dengan Helmi. Helmi memang pakej sempurna. Tapi.. lawak pun ada. Tak sangka perangai anti- lelaki ku itu menjadi warisan pula.

Jack dan Saiful..? Yang diorang tiba- tiba ghaib dan aku kata ghaib sebab ilmu ‘sulap’ tu.. mereka telah dibelasah dan dibantai oleh Hafiq. Mereka melarikan diri apabila sudah tidak berdaya menangkis serangan ala- ala Hang Tuah daripada Hafiq. Tu lah yang aku Nampak, Hafiq tercungap- cungap mencari nafas.. sebab di baru selesai 'mengerjakan' budak dua orang tu. Diorang kini dah jadi budak baik dah. Tak lagi jadi acah- acah. Sebab.. dalang dia dah pun meringkuk dalam penjara. Padan muka~! Hmm.

Pasal janji aku nak belanja Hafiq makan di Chicken Chop pun dah selesai dah. Bukan aku yang belanja.. tapi Puh-Pah yang tersayang. Sayang Puh- Pah ketat- ketat. Muh- Mah..? Sayang jugak!

Tengku Emil..? Hmm. Macam mana nak kata eikk..? Kitorang masih seperti dulu. Dia pun masih lagi cuba nak memenangi hati aku, katanya lah. Aku pula selalu tolak. Tengku Emil tu nak kata tak kacak.. puhh.. dia paling kacak dalam sekolah tu aku rasa.. nak kata tak pandai.. selalu aje dalam list top 3 iaitu aku, Hafiq dan dia. Yang paling selalu menguasai carta ialah aku dan Hafiq. Kami memang kembar yang daboommm. Lagi..lagi.. kita describe siapa Tengku Emil ni. Nak kata tak kaya.. aku bukan materialistic ya.. Tengku Emil ni berasal daripada keluarga berada, kerabat diraja tuh. Sebab factor yang terakhirlah aku tolak si Tengku Emil ni. Dia berdarah diraja, aku..? Haisy~! Tak setaraf- tak setaraf. Lagi pula, aku tak suka pada dia. Tak ada rasa chenta pun. Just biasa- biasa aja. Huhu.. kesian pula pada Tengku Emil.

Hafiq..? Hubungan kitorang dah makin membaik. Malah tersangat baik~!! Kalau ada yang tersilap Nampak, mesti ada yang terfikir kami ni pasangan ber-chenta. Haha.

“..Sungguh.. aku mengaku yang aku sayangkan kau.. lebih dari sayang.. mungkin.. cinta. Ya.. aku tahu perasaan aku ini salah. Dan mungkin.. tidak diredhai..

“Dan mungkin.. tidak diredhai..”

..pasal Hafiq yang cakap lagu ni dalam luahan nya tadi di hadapan pusara Jay-Jay.. hmm.. benda ni, agak susah nak cakap. Orang putih cakap complicated. Dan sememangnya, memang complicated tahap baboon dah..!!! Kalau aku bagi tau korang ni, korang jangan tertanggal gigi pula dek terlampau terkejut. Aku beritau korang ni.. tapi.. kuatkan iman.. kuatkan hati.. sebelum tu, tarik nafas, hembus, tarik, hembus.. okey.. aku bagi tau ya..

ADIK AKU GAYYYY~!!!!!!!

** Cubaan pertama mengarang cerpen.. kalau ada kekurangan, mohon dimaafkan. Cerpen ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Cuma sebagai hiburan semata- mata. Yang baik itu dijadikan tauladan, yang jahat dijadikan sempadan. Sekian..

**Ingat.. please do some charity. Komen untuk ana. Terima kasih untuk anta yang sudi jadi tukang komen.. >_<