Sim-pel Descrip-cen dari Nath Mergastua~!

Hulloooh~! Nath merupakan seorang manusia yang berasal dari dunia mergastua. Tersesat, terlantar setelah sekian lama. Oleh sebab, baru sahaja menerjah dunia yang secara globalnya sudah mula 'mansang', Nath mula berjinak untuk memulakan hari ini dalam sejarah dengan mengadakan sebuah blog. Ya~! Sebuah aje. Kalau ada rezeki lebih, kita buat dua buah, kalau ada rezeki lebih lagi, kita buat domain. Huahuahua..~! Ini merupakan blog 'in the flesh' Nath. Segala perit, duka, sengsara, seksa, walang, gulana... epp~! APasal aku baca semuanya pasal 'sadness' jek... owh-key~! Segala keriangan, keceriaan, kegirangan, ke-happy-an Nath kongsikan di sini. Selain itu, Nath juga selitkan beberapa karya aneh tapi benar Nath. Uh~! Panjang lebar Nath describe~! Owh-key~! Buh-bye untuk tika ini, kalau ada leisure di lain hari Nath ajak sembang iyaaa~! (Nath ingin menghilang dalam relung dunia mergastua, tempat kediaman Nath pada masa purbakala~~Jeng2...Jebon)-- jangan tak tau, Nath ni adik- beradik Tarzan~!!!!!

Lembaran Web Log Nath

Pesanan daripada budak asal Mergastua..~!! Baca dengan penuh kusyuk~!

Blog ini merupakan blog peribadi Nath Mergastua alias NScythe00. Blog ini mungkin menjadi blog e-reading. Yah~! E-reading. Nath mungkin akan publish pasal- pasal cerpen, pantun, puisi, syair, novel..? Nope. But, mostly lah pasal hal- hal peribadi Nath. Blog ni juga merupakan buku catatan elektronik Nath.

Satu kata:: I Loveeee maiii Be---loGgg

Wednesday, December 14, 2011

Hari yang walang pada adik-ku 14 Dis 11

::>>>Hullooh~! My friends and fellow-s, 

Hari ni, Nath nak citer sikit pasal adik Nath, adik no. 2. Nath ada tiga orang adik. Perempuan semuanya. So..~! Kiranya Nath merupakan anak sulung. Huhu~! Tak bangga tau jadi elders ni. Terasa macam mak nenek je.

""::Owh-Keyhh--

Ceritanya pasal... Sifat lazy yang ter-overdose yang telah dimiliki oleh adik aku ni sejak azali lagi. Sikap 'M' yang  memang semua orang takut sangat nak buang. Katanya, tak lengkap hidup nanti, sikap ni macam anggota badan tau~! Tapi... bagi aku... sama juga lah pendapatnya. Hehe. Perangai aku dengan adik aku 2x5=10 aje. Dah nama adik beradik kan. Tak kemana kalau dah nama adik beradik. Kalau seorang dah acuannya macam tu, yang lain apatah lagi. Thanks God, yang aku tak ada perangai pro-SOCIALIZE yang amat dahhh-SYATTT. Sangat bersyukur dalam itu. Yang adik- beradik aku inherit ialah sikap 'M' ku. Tapi, diorang inherit banyak sangat dah sikap malas aku tu. Hinggakan, sikap 'M' ku itu semakin terhakis dari bentar ke bentar. 

Masalahnya, diorang tak inherit kepala otak jenis geliga macam aku ni. ehem riak sebentar Kalau lah diorang inherit kecerdikan dan kepandaian akal ku, alangkah bagusnya diorang. Ni tak sikap buruk tu jugak yang nak diikutkan. Haisy~! 

Pasal walang- walang nih~! 
Adik aku kena smash dengan mak aku yang memang terkenal dengan jolokan Madame Babble-r , sebabnya suka sangat nak berleter, naik cair tahi telinga kau yang aku simpan sejak diriku tidak mengenal apa itu nasi dahulu. Namun, aku pasrah. Tak ku kenal dunia jika ibu ku yang 'keletah' ini tidak maujud dalam dunia. Bersyukur sangat2. Aku sayang ibu erat- erat, ketat- ketat walaupun some times, she even acts like a 2 years old kids, but i know that she grows old, and same like i do. I'll going through it for one more decade to spend in my life- 1 dekad = 10 tahun, maknanya masa aku 25 tahun nanti lah yerrr...

Adik aku kena smash sebab dia malas nak buang sampah. Mak pun apa lagi, sokseh- sokseh lah dia, berleter di hadapan kuali. Aku kesiankan mak. Adik aku ni memang pemalas tahap ya, minta nafas. Susah sangat nak suruh dia lakukan sesuatu. Buang sampah aje pun dah macam2 alasan dia bagi, contohnya: 1. Nak mandi.2. Dah mandi, nanti kotor.3. Nak layan cerita Indon jap.4. Alah, orang sakit arh.5. Tunggu orang dah kahwin nanti. Chop~! yang no. 5 tu bohong iya. Jangan endahkan.

Aku buang sampah..? Huh~! Malas jugak. Lagipun Mak tak suruh aku kan. So.. jangan nak merajinkan diri sendiri.

:::::Lesson learnt: Jangan menjadi orang yang boleh diumpamakan sifatnya bagaikan pahat dengan penukul. Cuma bergerak apabila disuruh. Sekian...

1 comment:

Miss FF said...

FF pun xsuka buang sampah sebab ada yang dah tahap berulat, berair.. nak pegang & ikat plastik tu pun rela tak rela je.. geli dowh ulat2 yang tergedik-gedik bergerak tu.. he3.. w/pun ulat ut takde la besar mana pun.. tapi kalo suh kemas rumah antara yang digemari ialah keje2 menyapu & mengemop lantai, membuang sawang labah2 & mencuci bilik air! sebabnya tak suka bilik air kotor @ busuk~